Kawanku mengikut dari pagi seperti kesenyapan yang berputar-putar di rahim ibu ketika aku masih sebagai janin. Suara tangisnya di antara nafas dan darahku.
Kawanku lahir pertama.
Ia waktu.
Kompas – Oase – Puisiku – 080210
Kawanku mengikut dari pagi seperti kesenyapan yang berputar-putar di rahim ibu ketika aku masih sebagai janin. Suara tangisnya di antara nafas dan darahku.
Kawanku lahir pertama.
Ia waktu.
Kompas – Oase – Puisiku – 080210
Dan seorang pakar astronomi berkata, “Guru, bagaimanakah perihal Waktu?”
Dan dia menjawab:
Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.
Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu menurut jam dan musim.
Suatu ketika kau ingin membuat anak sungai, di mana atas tebingnya kau akan duduk dan menyaksikan alirannya.
Namun keabadian di dalam dirimu adalah kesedaran akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui bahawa semalam hanyalah kenangan utk hari ini dan esok adalah harapan dan impian utk hari ini.
Dan yang menyanyi dan merenung dari dalam jiwa, sentiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.
Siapa di antara kalian yang tidak merasa bahawa daya mencintainya tiada batasnya?
Dan siapa pula yang tidak merasa bahawa cinta sejati, walau tiada batas, terkandung di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari fikiran cinta ke fikiran cinta, pun bukan dari tindakan cinta ke tindakan cinta yang lain?
Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbahagi dan tiada kenal ruang?
Tapi jika di dalam fikiranmu baru mengukur waktu ke dalam musim, biarkanlah tiap musim merangkumi semua musim yang lain,
Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.
Yang Fana Adalah Waktu
Yang fana adalah waktu. Kita abadi:
memungut detik demi detik, merangkainya seperti bunga
sampai pada suatu hari
kita lupa untuk apa.
“Tapi, yang fana adalah waktu, bukan?”
tanyamu.
Kita abadi.
(Sapardi Djoko Damono, Perahu Kertas dalam Kumpulan Sajak,1982)
Kakang Sapardi,
Kakang keliru. Begitu keliru.
Aku telah lama tak memulung detik itu satu-satu.
Ku untal semua, di mana pun ada.
Tak bersisa, Kakang.
Aku menjadi sangat abadi,
Waktu telah membangunkan aku sebuah rumah.
Rumah yang tak lagi mepet sawah.
Maaf, Kakang.
Ular-ular yang kau titipkan kulacurkan,
Kepada para tuan di setiap kelokan.
Kepada perut yang menuntut dijejal.
Kepada kelamin agar tak lekas majal.
Kakang ngendikan begitu, mungkin waktu belum pernah menggurat kejam ketika lalu.
Tak perlu Kakang bermurah maaf jika aku lebih keliru.
Karena aku memang tak lagi berbudi,
dan sudah begitu lacur.
(Jakarta, Juni 2009)
Kompas – Oase – Puisiku – 030909